Log masuk
Daftar

Bantuan

Apakah itu 4Sync?

4Sync ialah aplikasi yang paling mudah untuk mengakses dan menggunakan mana-mana fail, tidak kira di mana anda berada. Projek, dokumen, foto peribadi, muzik atau video anda - boleh diakses daripada komputer riba, telefon bimbit atau komputer anda. Semua perubahan yang anda lakukan akan disegerakkan merentas semua peranti. Semua data penting anda akan tersedia untuk anda di mana-mana sahaja dengan 4Sync.
Adakah selamat untuk menggunakan 4Sync?

Ia sama sekali selamat untuk menggunakan 4Sync kerana 4Sync memastikan fail-fail anda dilindungi daripada virus-virus dan semua fail tersegerak disimpan pada akaun bersekuriti anda di 4Sync.com.
Bagaimanakah cara untuk memasang dan memulakan 4Sync?

Untuk memasang dan mula menggunakan 4Sync, ikuti arahan mudah berikut:
  1. Muat turun 4Sync di komputer anda.
  2. Pasang 4Sync di komputer anda dengan mengikuti arahan yang diberikan.
  3. Klik pada ikon 4Sync yang muncul pada sudut kanan atas komputer anda.
Apakah itu folder 4Sync?

Sebaik sahaja anda memasang 4Sync di komputer anda, folder 4Sync kelihatan, di mana fail dan folder yang disegerakkan disimpan, mengikut laluan yang telah anda pilih.
  • Lokasi Standard - Folder 4Sync akan diletakkan di dalam My Documents.
  • Lokasi Tersuai - anda tentukan di mana folder Customized akan diletakkan di komputer anda.
Bagaimana hendak mengakses dan mengurus folder 4Sync?

Untuk membuka folder 4Sync, klik kiri dua kali pada ikon 4Sync pada bar tugas komputer anda dan folder akan terbuka.
Anda juga boleh membuka folder 4Sync melalui aplikasi pengurus fail, yang terdapat dalam OS anda (Windows Explorer untuk Windows).
Anda boleh mengubah sebarang tetapan atau keutamaan dalam tetingkap 4Sync yang terbuka atau dengan klik kanan pada ikon 4Sync pada Bar Tugas.
Bagaimana hendak menyegerakkan fail dan folder?

Penyegerakan sebarang fail dan folder adalah mudah:
  1. Jika anda memasang 4Sync di semua komputer anda, simpan sahaja fail anda dalam folder 4Sync. Semua fail dan kemas kini akan kelihatan dan boleh diakses dari mana-mana komputer lain, dalam folder 4Sync.
  2. Jika anda memasang 4Sync di salah satu komputer anda, simpan fail di dalam folder dan semua fail dan kemas kini akan muncul dan boleh diakses dari mana-mana komputer lain, dari akaun 4Sync anda. Log masuk dan dapatkan akses ke mana-mana fail dan folder tersuai.
Bagaimana untuk mencipta folder

atau cipta folder baru dalam folder 4Sync anda, buka sahaja folder 4Sync, klik kanan pada ruang kosong dan pilih Cipta Folder daripada menu.
Bagaimana untuk berkongsi fail?

Jika anda ingin membenarkan akses ke mana-mana fail atau folder penyegerakan anda, klik pada sebelah kanan fail (folder), yang anda ingin kongsikan dan pilih Salin ke My 4Sync daripada senarai.
What is 4Sync sychronization history?

Sejarah penyegerakan ialah ciri 4Sync yang membenarkan anda melayari fail dan folder yang telah anda muat naik, muat turun dan disegerakkan.
Bagaimana untuk melihat sejarah penyegerakan 4Sync?

Untuk memaparkan sejarah penyegerakan 4Sync anda, klik kanan pada ikon 4Sync pada bar tugas komputer anda dan pilih Paparkan Sejarah daripada menu.
Bagaimanakah menyegerakkan folder dengan fail, yang terletak di PC atau laptop, tanpa perlu menyalinnya ke dalam folder 4Sync?

Anda Cuma perlu mencipta pintasan folder yang diperlukan itu dan salinkan ke folder 4Sync.
Bagaimanakah menyegerakkan bukan semua kandungan akaun Web dengan PC atau komputer riba?

Klik ikon 4Sync dalam dulang sistem. Kemudian pilih perintah yang berikut: Tetapan “ Akaun“ Lanjutan“ Penyegerakan Tersuai. Di sini, anda boleh selitkan folder yang anda ingin segerakkan. Pilihan yang sama juga disediakan semasa pemasangan aplikasi 4Sync. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menghentikan penyegerakan dengan akaun Web, fail anda akan dipadamkan daripada folder 4Sync anda.
Bagaimanakah menukar lokasi folder 4Sync?

Klik pada ikon 4Sync di dalam talam sistem. Kemudian pilih arahan berikut: Settings - Account - 4Sync folder location.
Bagaimanakah menukar pengguna dalam aplikasi?

Klik pada ikon 4Sync di dalam talam sistem. Kemudian pilih arahan berikut: Settings - Account - Unjoin.
Bagaimanakah mendapatkan log-log aplikasi?

Untuk mendapatkan log-log, anda perlu klik: Kegemaran -> Ctrl+Alt+L.
Bagaimanakah menjedakan aplikasi?

Klik pada sebelah kanan ikon 4Sync di dalam talam dan pilih Pause.
Bagaimanakah keluar daripada aplikasi?

Klik pada sebelah kanan ikon 4Sync di dalam talam dan pilih Exit.
We Use Cookies. 4Sync uses cookies and other tracking technologies to understand where our visitors are coming from and improve your browsing experience on our Website. By using our Website, you consent to our use of cookies and other tracking technologies. Change my preferences
I Agree